Bidang pendidikan merupakan bidang yang memerlukan kepada penambahbaikan dari sudut mekanisme dan medium yang digunakan. Situasi masyarakat hari ini yang dinamik, tidak statik merupakan cabaran yang harus didepani para pendidik. Penggunaan kemudahan teknologi adalah antara solusi yang boleh diambil bagi meningkatkan tahap keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.
Penggunaan teknologi yang sangat meluas, mencakupi seluruh aspek kehidupan. Rutin kehidupan harian menjadi lebih mudah dan senang kesan daripada kemudahan teknologi. Namun, setiap perkara yang membawa kebaikan, perlu diakui akan wujudnya kesan buruk dan negatif. Antara kesan negatif yang dapat kita lihat, sifat malas dan tidak bersungguh yang menular dalam kalangan masyarakat hari ini.
Persoalan yang timbul, adakah kemudahan teknologi yang dilihat sebagai satu kemudahan yang membawa banyak faedah, juga boleh dikatakan sebagai punca utama kepada sifat malas ( tidak bersungguh dan sentiasa ambil mudah) yang sangat kritikal dalam kalangan masyarakat hari ini?
9 comments:
contohnya nak buat assignment, senang je 'cut' n 'paste'..tapi ade baiknya spy student cepat dpt akses...makin bnyk rujukan dapat..takdelah kena bukak buku satu2..just my opinion~
teknologi itu dibangunkan atas dasar utk mempermudahkan apa yg susah...contohnya kerja yg spatutnya guna tnga 10 org, sorg pun dah bley settle dgn teknologi yg btul.
mls itu adalah sikap individu...tidaka kaitan dngn teknologi.
Teknologi sebenarnya utk memudahkan, bukannya menyebabkan kita jadi malas.
dunia di hujung jari...mahu atau tidak shja..teknologi itu memudahkan..persoalan mls hanya cebisan..cth yg biasa student xde la perlu bersusah-susah pikul buku tebal-tebal ke hulu ke hilir..nnti timbul pula alasan mls bawa buku tebal-tebal..so,dh xde alasan.just pandangan~
Teknologi skadar alat utk mncapai mtlamat, bergantung pd niat pgguna utk mnntukan matlamat msing2.
Sekiranya baik matlamat,maka bruntunglah glongan tersebut..
Sekiranya sebaliknya, maka rugilah glongan tersebut..
Jadilah glongan yg wasatiyyah..~
Teknologi kdg2 merupakan sebab manusia semakin malas, kerana semuanya kini berada di hujung jari.
Tapi tak dinafikan, itu hanyalah sedikit sahaja keburukn pd teknologi, di sebalk kebaiknny yg lebih banyak daripada kburuknnya.
So, pandai2la manfaatkan teknologi. Jangn slhkn teknologi klu dri sndri mmg sbnrny malas... Muhasabah2...:)
ada betulnya juga.,itu termasuk dalam golongan yang tidak tahu menggunakan manfaat yang ada dengan sebaiknya,jadi.,sebagai pengguna yang bijak.,manfaatkanlah sebaik2 nya teknologi yang ada..
Sebenarnya teknologi ni banyak membantu dan ia bukanlah penyebab kemalasan tetapi ramai dikalangan pelajar yang menyalah gunakan kemudahan ni ke arah yang lain. maka, negatiflah hasilnya kepada mereka..
Teknolgi mmg agak membantu. Dan mmg menjadikan pelajar malas.. tapi sebenarnye pelajar akan lebih kreatif utk menyelesaikan sesuatu perkara.. (^^)'
Post a Comment